Nasi Lemak Ikan Bilis Bersambal Kerang - Resepi Sedap Untuk Keluarga

Jom Tengok Cara Memasak Nasi Lemak Ikan Bilis Bersambal Kerang yang sedap ni.Bahan-Bahan Untuk Membuat Nasi Lemak Ikan Bilis Bersambal Kerang yang Sedap ialah:

Ikan bilis goreng,
Kacang tanah goreng,
Telur rebus,
Timun,
4cwn beras,
1bj kelapa(amik 4 3/4cwn santan) x pon sukat mcm kita masak nasi biasa,
3-4helai daun pandan (carik dan ikat),
Sebesar ibu jari halia (di potong2),
1sdt jintan manis (tumbuk skit jer jgn sampai hancur).
1/2sdb garam

Satukan semua dlm periuk nasi elektrik dan masak seperti biasa...

SAMBAL KERANG

Resepinya

3kg kerang (rebus dan kopek amik isi)

Bahan kisar

2bj bwg besar
1 labu bwg putih
Sebesar ibu jari halia
35-38tangkai cili kering
Blender semua bhn ini...

2kpg asam keping
4sdb gula pasir
1/2sdb garam
1sdt bhn perasa
1 1/2cwn air

3 senduk myk masak (guna senduk yg kita buat kacau kari)

Hiasan

1bj bwg besar ( potong bulat)

Cara Memasak Nasi Lemak Ikan Bilis Bersambal Kerang:


Panaskan minyak .masukkan bahan kisar...asam keping. .gula..garam..bahan perasa. ..tumis hingga naik minyak atau bertukar warna..
(jika tak nak minyak terpercik..tutup kuali dengan tutup periuk semasa buat sambal..api sederhana dan kacau sesekali) bila dah naik minyak..masukkan kerang dan 1 1/2 cawan air. ..
masukkan juga bawang besar yang di hiris bulat...bila agak pekat tutup api...

Resepi Oleh: Mariana Zainal