Nasi Lemak Ikan Bilis MAGGI - Resepi Nasi Lemak Ikan Bilis Yang Ringkas Tapi Sedap

Bahan-Bahan Untuk Membuat Nasi Lemak Ikan Bilis MAGGI yang Sedap ialah:

Ikan bilis,
Telur rebus,
Timun,
Kacang,
1½ minyak masak    sudu besar,
500g beras    dibasuh dan ditos,
1 ulas    bawang putih dihiris halus,
2 sm    halia dihiris halus,
½ sudu besar    MAGGI® CukupRasa™,
500 ml    air,
100 ml    santan,
2 helai    daun pandan disimpul.

Cara Memasak Nasi Lemak Ikan Bilis MAGGI:


1.Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih bersama halia hingga wangi.

2.Kemudian, masukkan beras dan masak selama 1 minit.

3.Selepas itu, masukkan beras tadi dalam periuk nasi bersama MAGGI® CukupRasa™, air, santan dan daun pandan. Kacau dan biarkan ia masak.

4.Bila dah masak, senduk nasi dan hidangkan panas-panas untuk keluarga.

Resepi Oleh:MAGGI MALAYSIA